Tuesday, September 21, 2010

Kehamilan_Minggu 1-16

Hari tu mama ada search dalam Google pasal kehamilan.Yang pasti menjadi rujukan mama.Mana tau ada untuk orang lain jugak kalau tak dapat info macam ni.

Dari http://www.mengandung.com/

Minggu ke-1 iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Minggu ke-5 didapati ebrio akan terus membesar sehingga terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.


Minggu ke-9 saiz bayi  hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).


Minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.



Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.



Minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.



Minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.


Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.


Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.


Minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.


Minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.


Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Nanti mama akan sambung lagi...

21 minggu

Anak mama dah masuk 21 minggu.Alhamdullilah,sampai ke saat ini mama sihat walafiat walau jauh dari ayah.Cuma mama tak rasa lagi gerakan anak mama.Mungkin ada,tapi mama tak perasan lagi.Harap2 anak mama sihat sepanjang dalam perut mama.

Diam tak diam dh 5bulan anak mama membesar ye. Ada 4bulan lebih kita akan bersua,bertenang mata.Mama harap anak mama sihat hingga mama melahirkan nanti.

Persiapan untuk anak mama belum buat.Tunggu dalam sebulan dua,mungkin proses 'shopping' menanti.Sekarang nie cuma mama simpan duit untuk persiapan anak mama.

Mungkin bulan nie mama nk bawa ayah pergi klinik swasta utk scan anak mama.Mana tau nampak jantina ke?hehehe..kalua xnampak pun,asalkan anak mama sihat.Oh ye,berat mama turun lagi.Mungkin sempenan Ramadhan,makan pun kurang.Lepas nie rasanya naik la..Insya Allah,asalkan anak mama sihat ye.

Jangan nakal2 tau dalam perut mama ye!

Wednesday, July 7, 2010

10 Minggu CheckUp

Semalam temujanji dengan nurse di Klinik Desa Mambang Di Awan.Pagi2 mama dah ke sana untuk mendapatkan rawatan.Pertama kali,mama rasa blur sangat.Ye lah mana ada pengalaman.Nasib baik ada 2-3 orang je,terus tanya.Mula2 amik no giliran dan tunggu.Mama ada dalam 8.30pagi,turn mama pukul 9.00pagi.Ok la,tak lama menunggu.Dalam pemeriksaan bulanan nurse akan ambil:-
a)berat badan<------rosak ke apa..berat utk 10 minggu (83.6kg)
b)tekanan darah<-------110/70 normal la tu...
c)urine test<-------ok je..xde gula
d)ambil darah utk ape ntah(tp dia kata xde masalah gak)
Selepas tu,kena masuk bilik pemeriksaan.Adeii......yang ni yg lemah..kena tak malu dengan nurse.yelah nak check payudara.hehehe.Malu pun ade tapi wat selamber je.Check perut dan kat leher(kot2 ade tiriod lak).tak lupa check kaki,mana tau ade urat2 timbul.
Nurse cadangkan mama ke Klinik Kesihatan Kampar untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.Kena amik darah dan jumpa doktor.Nasib baik dekat je.Mama terus je ke sana.Sampai je mama terus cari klinik keluarga,jumpa ada sorang nurse ni.Nasib baik dia tolong,kalau x terkebil mama dok mencari.
Mama kena amik darah untuk memeriksaan darah mama.Mama kan takut jarum.Nasib baik xsakit..terkejut sket bila nurse tu amik darah,kemudian hantar ke makmal untuk mendapatkan result
Puas mama mencari makmal,maklumam la first time masuk klinik tu.Dah tu sorang2.Nasib baik ade seorang makcik ngn anak dia.Tanya2,jumpa juga.Dah amik result,kena jumpa doktor.
Di situ punya la ramai ibu mengandung yang menunggu,Mama tu tunggu jugak.Turn mama sampai.Masuk je bilik doktor,tengok doktor pun mengandung.hehehee..then dia nak scan perut mama untuk tentukan tarikh yang sebenar mama akan bersalin.Tarikh scan adalah 30.1.2011...kurang sehari dari tarikh nurse bagi.31.01.2011. tak pe la sehari je.Doktor pun berpuas hati dengan tarikh itu.Wah,anak mama lahir bulan Januari.Orang kata matang dan pandai.harap2 begitu la ye anakku.
Sebenarnya mama berdebar bila doktor nak scan perut mama.Mana tau tak xde pulak anak mama dalam perut.Sebab mama xjumpa doktor,cuma wat test air kencing kat rumah.Alhamdullilah..doktor kata kantung ada,denyutan jantung pun ada.Tapi mama tgk,xreti.Ntah la..nampak hitam je.Xpe la asalkan anak mama sihat.
Untuk scan seterusnya pada 28 minggu pula,tapi mama bercadang nak buat scan setiap bulan,lagipun ayah boleh tengok kan.Nak bagi ayah teruja..hehehehheee..
Untuk 18 minggu,mama kena datang untuk minum air gula(nk check ada kencing manis ke x).Masa tu mama rasa bulan Ramadan.Baru nk berangan nak berpuasa penuh..tak menjadi la..Xpe la untuk kesihatan mama dan anak mama.
Ok la..seteruskan mama akan ke klinik untuk pemeriksaan bulanan pada 9-8-2010.

Saturday, July 3, 2010

Anakku...

Syukur kepada Allah..atas kurnia_Mu untuk memberikan kami rezeki yang tak ternilai.Permata yang kami harapkan,insya Allah akan menyinari kehidupan kami suami isteri.
Mama dan Ayah sebenarnya telah ditakdirkan untuk bersama Tarikh keramat 7 Februari 2010 adalah hari bersejarah buat mama dan ayah kerana kami selamat diijabkabulkan.
Setelah melayari bahtera perkahwinan selama 3bulan,Mama dikejutkan dengan perkabaran gembira bahawa impian dan doa Mama dan Ayah dimakbulkan.Kami akan bergelar ibu bapa.
Buat masa ini,anak Mama baru berusia 9 minggu dalam perut Mama.Namun Mama telah diuji sekali lagi dengan perkabaran sedih bahawa Mama ditukarkan ke tempat lain yang jauh dari Ayah atas urusan kerja.Mama begitu sedih namun dengan kehadiran anak Mama dalam perut mama,Mama perlu redha dan bersabar atas ujian itu.
Sebab inilah Mama ingin mencoretkan segala-gala apa yang Mama rasakan supaya Mama boleh berkongsi perasaan ,Mama akan coretkan perihal anak Mama yang Mama kandungkan ketika berjauhan dengan Ayah.
Mama berharap Mama akan diberikan kesihatan yang baik untuk mama mengharungi liku-liku hidup bersama orang tersayang.Mama juga berharap anak Mama dapat memahami jiwa Mama dan sentiasa menemani Mama ketika Mama keseorangan.
Cukuplah buat pengenalan.Air mata Mama mengalir lagi.......................
Salam sayang dari Mama